Description
Genre: Environmental, Lifestyle
Language: Malay with English subtitles
Year: 2019
Duration: 8 Episodes x 30 Minutes
Territory/Rights available: Worldwide
Show Format: HD
Episodic Details
Episode 1- Fesyen Gaia (Fashion Gaia)
Dengan adanya industri fesyen yang bergerak dengan pantas, pakaian terpakai dan sisa-sisa tekstil telah menjadi satu daripada sampah yang terbanyak di tapak pelepasan Singapura. Untuk episod pertama ini, Amyrah ke negara jiran, Malaysia untuk mendapatkan idea-idea mengatasi masalah ini dan juga melihat bagaimana pakaian atau tekstil boleh dikitar semula.
In a world of fast fashion, many clothes are thrown into landfills. In Mission Gaia’s pilot episode, Amyrah finds a way to recycle textiles and prevent them from becoming waste in Malaysia and Singapore.
Episode 2- Hidup Sisa Sifar (Zero Waste)
Mencegah lebih baik daripada mengubat. Berpandukan pepatah tersebut, Misi Gaia membawa Amyrah ke Jepun di mana beliau ke Kamikatsu, bandar sifar sisa untuk mengalami sendiri bagaimana orang-orang di sana berjaya mencapai status bandar sifar sisa
Prevention is better than cure. This time Mission Gaia led Amyrah to Japan where she visits Kamikatsu, a zero waste town. There, she gets a taste of the local experience and finds out how they achieved Zero Waste town status.
Episode 3- Kitar & Baik Pulih (Upcycling)
Episod minggu ini membawa Amyrah ke Malaysia sekali lagi di mana beliau dapati yang barang terpakai dan terbuang boleh di baik pulih untuk menjadi sesuatu yang berguna. Amyrah mempelajari pelbagai produk yang bukan hanya unik dan kreatif, malah berguna juga.
This week, we find out how waste can be up-cycled. Amyrah discovers how to turn trash into useful products as we visit Malaysia for our second trip there.
Episode 4- Tenaga Alternatif (Alternate Energy)
Tenaga secara amnya dijana dari pembakaran bahan bakar yang mencemarkan udara. Misi Gaia membuka tirai siri baru ini dengan Amyrah Mustafa mengunjungi bandar Osaka di Jepun. Di sana, Amyrah mempelajari cara-cara menjimatkan tenaga yang boleh dibekalnya pulang untuk pengetahuan kita di Singpura.
Electricity used in homes requires the burning of fossil fuels. Amyrah Mustafa travels to Osaka, Japan to discover how organisations are using alternative sources of energy. She then parallels it with Singapore’s efforts in this area.
Episode 5- Pembungkusan Eko (Green Packaging)
Secara keseluruhan, bungkusan plastik merupakan penyumbang terbesar pada sisa sampah. Pada episode kali ini, Amyrah mencari cara-cara bagaimana kita boleh mengurangkan penggunaan plastik. Misi Gaia ke Indonesia untuk melihat cara-cara membantu alam sekitar dengan cara yang sungguh kreatif.
Plastic packaging is one of the greatest contributors to waste. In this episode, Amyrah finds an alternative to such packaging in Indonesia and Singapore.
Episode 6- Makanan 360° (Food 360°)
Setiap hari jumlah makanan yang dibuang mencecah tahap yang membimbangkan. Tahukah anda makanan yang dibuang tidak kira yang masih baik mahupun sisa-sisa, ada kegunaannya? Misi Gaia minggu ini ke Kuala Lumpur Malaysia dan berkongsi tentang cara-cara untuk mengurangkan pembaziran makanan.
Everyday, tons of food are wasted and sent to the landfills. Do you know that this food waste can be used for other purposes? In this episode, Amyrah heads to Malaysia as well as Singapore’s Insectta to find out how they handle food waste.
Episode 7- Pengurusan Bencana (Disaster Waste Management)
Bayangkan jika Singapura dilanda bencana alam. Apakah agaknya reaksi warga Singapura dan bagaimana nak mengawal situasi? Misi Gaia ke Jepun kali ini untuk mengetahui bagaimana orang-orang di sana menguruskan sampah dari bencana alam dan juga apa yang harus atau tidak harus dilakukan apabila berdepan dengan bencana alam. Tapi persoalannya, adakah Singapura terdedah kepada bencana alam?
Imagine if Singapore were to face a disaster, how will we handle it? Amyrah goes to Japan to learn about how they handle disaster and finds out whether Singapore would ever face such calamities.
Episode 8- Pendidikan Eko (Green Education)
Menjaga bumi kita dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab semua termasuk generasi akan datang. Episod terakhir Misi Gaia membawa Amyrah ke beberapa sekolah di Jakarta Indonesa dan juga di Singapura yang memberi penekanan terhadap gaya hidup mesra alam.
Saving the Earth is both our responsibility and that of the future generations. In this episode, Mission Gaia brings Amyrah around looking for organisations that provide green education in Jakarta and Singapore.